Monday 29 October 2012

Guru Tadika Di China memukul untuk mengajar....sadis sungguh..

semalam ada masa maka selamanya menjengoklah ke blogserius.com...sangat serius rupanya ada kes di China budak tadika dipukul kerana tidak dapat menjawab soalan...aduh rasa sayu je dalam hati. sebak rasanya kalu ianya berlaku pada anak sendiri. Sangat menakutkan........terdetik dalam hati selamanya adakah berkesan memukul semasa mengajar...jadi selamanya cubalah google intenet dan jumpalah artikel ini dalam blog senadakpwkm........

MENDIDIK ANAK DENGAN CARA MEMUKUL: ADAKAH EFEKTIF?
by senadakpwkm in Fokus SENADA 

Memukul anak dengan tujuan mendidik didefinisikan dengan pukulan yang tidak meninggalkan sebarang kesan lebam mahupun luka dan pukulan yang tidak dilakukan ke bahagian-bahagian sensitif badan anak.

Memukul anak seakan sudah menjadi kebiasaan dan salah satu cara ibu-bapa mendidik anak lebih-lebih lagi apabila anak ‘mengamuk’ atau temper tantrum.

Di negara Barat, perdebatan tentang boleh atau tidak memukul anak tidak sampai penghujungnya. Pakar-pakar psikologi dan kajian secara amnya mengatakan bahawa memukul anak boleh memberi kesan negatif kepada anak.

3 kajian utama yang terlibat secara langsung dalam isu ini adalah:
Pertama: Dijalankan oleh Lisa J. Berlin yang diterbitkan dalam Child Development Journal. Beliau menganalisa perkaitan pukulan dan keupayaan kognitif (pembelajaran). Hasil kajian beliau mendapati kanak-kanak yang dipukul ketika berusia 1 tahun adalah lebih agresif dan memiliki keupayaan kognitif yang lebih rendah berbanding kanak-kanak yang tidak dipukul.
Kedua: kajian dijalankan oleh Murray Straus yang diterbitkan dalam Journal of Aggression, Maltreatment and Trauma. Hasil kajian beliau mendapati kanak-kanak yang tidak dipukul ketika berusia 2 – 4 tahun memiliki keupayaan kognitif yang lebih tinggi selepas 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dipukul.

Ketiga: tidak dinyatakan oleh senada KPWKM.
Kajian-kajian ini walaubagaimanapun tidak benar-benar berjaya membuktikan wujudnya kesan negatif apabila anak dipukul kerana wujudnya banyak faktor yang mempengaruhi pembesaran anak-anak seperti keadaan persekitaran. Kanak-kanak tersebut mungkin juga lahir dengan keupayaan kognitif yang rendah.
Pakar-pakar psikologi pula berpendapat memukul anak akan memberi kesan berikut:
  1. Anak akan model perbuatan tersebut dan memukul orang lain.
  2. Merendahkan nilai diri anak.
  3. Merendahkan nilai diri ibu bapa.
  4. Boleh membawa kepada penderaan.
  5. Memukul tidak mengubah sikap anak sebaliknya menyebabkan anak lebih agresif.
  6. Menaikkan kemarahan anak dan ibu bapa.
  7. Wujud memori buruk dalam pemikiran anak.
  8. Melahirkan rasa takut dalam diri anak.
Dalam Islam, memukul anak dengan tujuan mendidik dibenarkan tetapi hanya sebagai solusi terakhir berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:( yang bermaksud)

“Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan pisahkan dari tempat tidur.”

Sebenarnya sama ada ingin memukul anak atau tidak adalah bergantung kepada asas pertimbangan ibu bapa sendiri. Fikirkan dahulu adakah anak akan berubah sikap sekiranya dipukul? Adakah memukul anak benar-benar berkesan?

Tips di bawah boleh memberi kesan yang lebih baik untuk menanggani masalah anak tidak dengar cakap atau mengamuk.

  1. Jangan pukul anak dalam keadaan marah. Tenangkan diri dahulu.
  2. Menasihati anak adalah lebih baik. Jika anak tidak mendengar nasihat, duduk supaya sama paras dengan pandangan mata anak dan pegang kedua-dua tangan anak sebelum menasihatinya.
  3. Alihkan anak daripada tempat asal dan asingkan diri daripada anak untuk tempoh 5 – 10 minit. Cara ini dikenali sebagai time out yang memberi masa kepada ibu bapa juga anak untuk bertenang.
  4. Fikirkan hukuman yang lebih sesuai daripada memukul anak. Contohnya membersihkan rumah, tak boleh menonton TV dan sebagainya.
  5. Bisikkan kata-kata nasihat ke telinga anak setiap hari sebelum tidur.
  6. Berdoa kepada Allah S.W.T supaya diberikan anak yang soleh.
  7. Mendidik atau menghukum anak secara konsisten. Peraturan yang sama mesti dipatuhi oleh setiap ahli keluarga.
Dan ini ada satu lagi tip daripada http://al-munir.edu.my/tips_pilihan.html tentang mendidik anak....sangat bagus untuk peringatan diri sendiri....jadi tanamkan dalam diri kita supaya lebih banyak bersabar dalam mendik anak-anak kita...agar tidak berlaku kesilapan dalam mendidik....bye.....



Saturday 27 October 2012

my name is khan......

hari ini , sempena cuti hari raya Aiduladha TV3 telah menayangkan cerita My name is Khan. Cerita ini memang menaikkan semangat kita untuk membuktikan bahawa bukan semua orang adalah pengganas, memang menusuk jiwalah....eceh....tapi ada satu bab yang telah menimbulkan banyak perdebatan antara kami adik beradik(maklumlah dah berkumpul semua, hari raya kedua dah ramai yang memenuhi rumah mak tengok Qalesya)...ok berbalik kepada pendebatan tadi...pendebatan yang dimulakan oleh selamanyalah..banyak sangat mulut mengeluarkan pendapat..cerita bermula begini...selamanya menyatakan ketidakpuasan hati cerita ini tentang perkahwinan campur antara khan(shah rukh khan) dengan kajol, kalau di dalam islam bukankan kena memeluk dulu agama islam barulah boleh berkahwin, adik selamanya yang jurutera pun bersetuju dengan selamanya...betullah ...tak bagus betul cerita ni, tapi abang sulung selamanya bersetuju...eh betullah, tak salahlah kahwin dengan ahli kitab(Along yang cakap)...tapi selamanya tetap tak menyokong...Along jangan nak buat cerita palsulah...main-main yea...mengucap Along, tapi Along disokong pula oleh Hb selamanya, Hb kata dah banyak kali dia dengar dan terbaca tentang perkahwinan campur ini, aik...suami selamanya pun tahu, Along pun teranglah pasal Perkahwinan ni, tapi tetap di bidas oleh adik  selamanya, istifar banyak-banyak....tapi selamanya diam jelah..sebab selamanya tak berapa nak tahu pasal perkahwinan ini, Along kata hanya lelaki islam sahaja yang boleh mengahwini ahli kitab....ooooo...dan Along menyambung lelaki itu mestilah yang boleh membimbing wanita ahli kitab itu....takpelah...dalam hati selamanya pun berkata takpelah...nanti googlelah pasal ini.....dan ini antara persoalan yang selamanya dapat dalam blog tanya-ustaz.com ....hampir sama dengan kata-kata Along...dan dilengkapkan dengan Firman Allah S.W.T 

Soalan:

Assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya tentang hukum mengahwini wanita bukan islam?wujud lagikah pada zaman sekarang ahli kitab yang boleh dikahwini?apakah dalil tentang hukum perkahwinan antara islam-bukan islam?



Jawapan:
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه أجمعين، وبعد:

Hukum mengahwini wanita dan lelaki bukan Islam adalah haram secara Ijma` berasaskan firman Allah SWT;

Maksudnya: “dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”

(al-Baqarah : 221)

firman Allah S.W.T lagi;



Maksudnya : dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir,

( al-Mumtahanah : 10)



Namun, persoalan yang kerap menjadi kekeliruan umat Islam iaitu berhubung keharusan mengahwini wanita-wanita yang dikatakan sebagai ahli kitab. Keharusan ini merujuk kepada firman Allah SWT;




Maksudnya :”Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya – di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”

(al-Maidah : 5).

Namun untuk menjawab soalan yang diajukan, saya(ustaz ) cuba merumuskan beberapa panduan penting yang dikemukakan oleh Profesor Dr. Yusuf al-Qardhwi di dalam fatwanya:

1. Secara prinsipnya Islam mengharuskan makan dan minuman serta kahwin mengahwini di antara Muslim dan ahli Kitab sebagaimana keterangan ayat 5 daripada surah al-Maidah di atas.

2. Walau pun begitu, keharusan tersebut terikat kepada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya;

i. Mengimani agama samawi yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani. Secara umumnya mereka ini dianggap beriman kerana mempunyai asas keimanan yang sama dari sudut ketuhanan, kerasulan dan hari akhirat. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada agamanya dan bukanlah seorang yang ingkar atau murtad dari agamanya.

ii. Wanita yang suci dan bukan wanita jalanan atau penzina. Dalam ayat di atas Allah meletakkan syarat wanita berkenaan adalah “المحصنت“. Satu perkara yang harus diberi perhatian adalah trend dan gaya hidup wanita-wanita bukan Islam adalah mengharuskan pergaulan bebas yang berkemungkinan besar terdedah kepada gejala seks bebas. Perkara ini yang amat dibimbangi berbanding dengan wanita-wanita Islam.

iii. Tidak menjadi musuh dan seteru kepada umat Islam. Allah SWT menjadikan ikatan perkahwinan sebagai suatu jambatan mempereratkan silaturahim dan memperkukuhkan persaudaraan. Ikatan tersebut tertegak di atas dasar saling percaya mempercayai dan berkasih sayang. Firman Allah


Maksudnya: “dan Dialah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya).

(al-Furqan : 54)

Akan wujudkah kasih sayang dan perasaan cinta mencintai sedangkan mereka menyembah tuhan yang lain, dan sentiasa memusuhi umat Islam. Apakah akan terjamin anak cucu yang dilahirkan? Apakah mereka akan memayungi dan sentiasa memperthankan hak anak cucu mereka yang Muslim. Mungkinkah anak dan cucu dilahirkan bebas mengamalkan adab, budaya dan ajaran Islam tanpa sebarang sekatan dan ganguan? Sudah pasti jawapan mungkin tidak. Kalau begitulah situasinya apakah mungkin kita boleh memastikan generasi yang dilahirkan menjadi Muslim dan mukmin kepada Allah, memelihara dan melaksanakan suruhan dan tuntutan agama. Terjaminkah generasi kita dengan memilih wanita yang bukan Islam berbanding dengan wanita Muslimah. Terjaminkah keluhuran, kadaulatan dan maruah agama kelak.

Oleh yang demikian, kebanyakkan ulama hanya mengharuskan perkahwinan dengan wanita ahli kitab mestilah yang ada perjanjian atau yang akur kepada kepimpinan Islam (ahli Zimmah) Pendapat ini didokong oleh Ibnu Abbas, Qatadah, Ibrahim al-Nakha`ie, Ibn Jarir dan Zaid Bin Ali, al-Razi dan lain-lain. Dalam konteks semasa, tidak harus bagi Muslim mengahwini bangsa Yahudi yang merampas dan menjajah tanah Palestin.

iv. Tidak membawa kemudharatan dan mengundang fitnah. Secara asasnya perkara yang harus dibolehkan selagimana tidak mendatangkan mudharat. Andaian membenarkan perkahwinan dengan wanita ahli Kitab boleh menyebabkan terabainya wanita Muslimah. Lebih-lebih lagi dalam konteks wanita Muslimah yang ramai jumlahnya dan beban tanggungan yang tinggi bagi melangsungkan urusan perkahwinan. Oleh itu, mendahulukan wanita Muslimah perlu diutamakan.

Bagi menyimpulkan perbincangan, terdapat tiga noktah penting yang perlu dipertegaskan semula iaitu;
1. Keharusan mengahwini wanita ahli Kitab adalah bersandarkan persamaan keyakinan dan keyakinan Allah sebagai pencipta.
2. Keharusan tersebut juga merujuk kepada persekitaran agama Islam yang mendominasi masyarakat. Sudah pasti mereka yang mempunyai keyakinan dan kepercayaan serta kepatuhan kepada Allah akhirnya akan menganut agama fitrah dan benar iaitu Islam. Berbeza dengan realiti sekarang, di mana Islam tidak mendominasi malah sering di pandang asing dari realiti kehidupan sebenar.
3. Pendapat ini berasaskan situasi dan neraca pada masa kini dan ia boleh berubah mengikut perkembangan dan realiti semasa.


والله أعلم بالصواب



Rujukan : al-Qardhawi, Fatawa Muasarah, m.s : 462 , Darul Qalam: Beirut

Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
 Ahli Panel MUIS

selamanya tidak boleh nak mengatakan boleh ke tidak..sebab selamanya memang-memang kurang arif semua ini. cuma selamanya membaca di dalam google untuk melihat sendiri adakah betul kat-kata Along..yea betul sebenarnya..tapi hanya wanita ahli kitab yea...hindu dan budha pula mcm mana......kerana menurut ayah mertua selamanya ahli kitab ialah mereka orang nasrani dan yahudi.....tapi nak cakap lebih kenalah tanya ustaz sendiri....dan kenalah selalu menelaah sendiri perkara-perkara seperti ini..untuk penambahan pengetahuan masing-masing...ingatan untuk diri selamanya juga.....bye....

Thursday 25 October 2012

ucapan semata-mata.......

assalamualaikum.......

          kena dengan tajuk selamanya hari ini, maka dengan ini selamanya mengucapkan salam aiduladha....dari selamanya.....tahun ni beraya dengan keluarga sendiri dulu sebab adik selamanya dalam keadaan pantang..iyalah si Nur Qaseh Qalesya baru berusia 14 hari, jadi walaupun sebenarnya turn kali ni dirumah mertua tapi atas dasar tolak ansur maka dapatlah selamanya beraya dirumah mak sendiri, ialah kesian pula pada mak, mana nak uruskan orang pantang nak masak ketupat rendang lagi, tak terkejar mak selamanya...walaupun begitu...cerita tentang raya dirumah selamanya tidaklah selamanya akan ceritakan  pada hari ini,  hari ini selamanya cuma mengucapkan selamat hari raya aiduladha kepada semua.....dan di sini ada beberapa penghayatan  untuk semua tentang hari raya  haji.......HARI Aidiladha adalah satu hari kebesaran Islam dan juga hari perayaan bagi umat Islam. Sesungguhnya Allah menganugerahkan kepada umat Islam dua hari untuk mereka makan dan minum serta bergembira iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Oleh kerana itu, umat Islam diharamkan berpuasa pada kedua-dua hari perayaan besar itu. Aidilfitri disambut sebagai tanda kemenangan dan kejayaan selepas berpuasa sebulan penuh Ramadan sementara Aidiladha pula diraikan sebagai simbol salah satu syiar Islam teragung yang cukup sinonim dengannya iaitu ibadat haji.

Aidiladha yang juga dikenali sebagai hari raya korban adalah kerana hari itu adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim di dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail memenuhi perintah Ilahi seperti yang termaktub lewat firman-Nya yang bermaksud: Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya), Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Di dalam melaksanakan perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada Allah di dalam menunaikan perintah Ilahi sehingga dengan kurniaan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Allah mengirimkan seekor kibas untuk menggantikan Nabi Ismail.
Dalam hal ini, Allah merakamkan kisah berkenaan melalui firman-Nya yang bermaksud: Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!. Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Surah al-Saaffaat, ayat 104- 108).

Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia ini, umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat haji ke Baitullah al-Haram. Ibadat haji yang dilaksanakan oleh setiap jemaah haji pada setiap tahun membawa bersamanya seribu satu unsur pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

Alangkah baiknya jika setiap jemaah haji dan juga umat Islam seluruhnya dapat menghayati kesan-kesan pengajaran yang tersurat dan tersirat di sebalik ibadat haji itu yang bukan hanya setakat kesan fizikal dari segi ibadah saja, malahan ibadah haji mendidik betapa peri pentingnya pengorbanan untuk mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Untuk mendapat keredaan Ilahi dan pengampunan-Nya, ia bukanlah satu perkara yang cukup mudah dan murah. Sebaliknya ia menuntut satu pengorbanan besar dan juga iltizam tinggi di mana ganjaran besar yang disediakan Allah bagi haji yang mabrur ialah pengampunan dosa seumpama bayi yang baru lahir dan suci serta bersih dari nodaan dosa.

Justeru, untuk meraih peluang keemasan dan ganjaran besar itu, maka tidak dapat tidak ia memerlukan satu pengorbanan yang jitu, kesabaran yang nekad dan juga iltizam yang tinggi.

Perlu ditegaskan bahawa hari raya dalam bulan Zulhijah bukan hanya pada 10 hari bulan, bahkan ia berlanjutan dari hari ke-11, 12 dan ke-13 yang juga lebih dikenali sebagai hari Tasyrik. Umat Islam juga diharamkan berpuasa pada hari Tasyrik itu.

Seterusnya, umat Islam disunatkan untuk bertakbir, bertahmid dan bertasbih mulai dari solat Subuh hari Arafah sehingga solat Asar hari ke 13 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas setiap solat sama ada solat fardu mahupun solat sunat.

Umat Islam dianjurkan agar memperbanyakkan ibadat pada malam Aidiladha berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadat), maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dari mengingati Allah). (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Selain itu, salah satu ciri keistimewaan yang cukup signifikan berkenaan Aidiladha dan juga hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ini kerana ibadat korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula dari waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Ia juga adalah satu cara untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah. Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan kepada takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Surah al-Hajj, ayat 37)

Di samping itu, ibadat korban ini memberikan peluang kepada setiap Muslim untuk menyucikan dirinya daripada sebarang penyakit hati dan juga segala dosa yang mungkin melekat di dasar jiwa. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda maksudnya: Tidaklah anak Adam mengerjakan sesuatu pekerjaan pada hari korban yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan akan diterima Allah sebelum jatuh di tempat sembelihannya. Maka sucikanlah diri kamu dengan menyembelih haiwan korban. (Hadis riwayat Ibnu Majah & Tirmizi).

Dari sudut lain, ibadat korban ini adalah satu mekanisme yang konkrit untuk mempereratkan lagi jalinan kemesraan dan kasih sayang sesama masyarakat. Mereka berkemampuan melakukan ibadat korban ini akan mengagih-agihkan sebahagian daging korban kepada golongan yang kurang bernasib baik terutama fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan seumpamanya.
semua ini adalah satu manifestasi dari makna kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tiada terhitung kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. (Surah al-Hajj, ayat 36).

Selanjutnya, sesiapa yang menjalankan ibadat korban ini disunatkan agar menyembelih binatang korban itu sendiri dan jika tidak mampu, dia hendaklah menyaksikan upacara korban itu terutama apabila darah pertama mula mengalir ke bumi kerana pada waktu itulah Allah akan mengampuni dosa-dosa yang lalu daripada orang yang melakukan korban itu.

Dalam hal ini, Rasulullah menyuruh puterinya Saidatina Fatimah untuk menyaksikan sendiri upacara ibadat korban yang dijalankan atas namanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: Bangunlah dan pergilah saksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan darah pertama yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas. Fatimah bertanya kembali: Wahai Rasulullah! Apakah ia khusus kepada ahli keluarga atau umum kepada umat Islam? Jawab Baginda: Bahkan kepada seluruh umat Islam. (Hadis riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban)
Demikianlah hikmah ibadat korban yang menyerikan lagi suasana keceriaan Aidiladha yang menyaksikan satu kesedaran atau keinsafan yang cukup tinggi di kalangan umat Islam untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ummah sejagat.

Mudah-mudahan ibadat korban yang dilakukan sepanjang Hari Aidiladha diterima Allah. Amin.

sumber: berita harian(notadirisendiri.blogspot.com)

Wednesday 24 October 2012

mertua suami vs mertua isteri....

         Hehehehehe....tak pasal-pasal gelak je...apa da...selamanya gelak sebab tajuk tuh sebenarnya untuk mak suami atau mak sendiri....ini semua adalah berkenaan tentang hari raya...semuanya berkenaan dgn rumah siapa dulu...sebenarnya...selamanya dan suami tidaklah berjauhan kampung dekat sahaja ,lebih kurang 20 minit dari umah mak selamanya ke rumah mak mertua selamanya. tapi rupa-rupanya kalau kampung dekat pun satu masalah juga, dah balik rumah mak pastilah kena pandai bahagikan masa untuk kerumah mak mertua pula, walaupun sebenarnya hb selamanya tidaklah cerewet sgt..tetapi kekadang boleh mendatangkan juga luka dihati selamanya, tapi itulah kita sebagai perempuan suka memendam sahaja, bila dan terlebih laharnya barulah diletupkan semuanya...tapi bila kita diam sahaja dia pula mengambil kesempatan ingat kita nie bersetuju semuanya...oh tidak....selalunya bila semua ini terjadi akan berlaku pertengkaran diantara hb dan selamanya...tapiiiiiiiii...itu semua adalah cerita dulu-dulu....sekarang kami tidak begitu lagi...semua kerana intenet...dengan intenet kita akan mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang alam rumah tangga....dan semuanya menjurus kepada sikap tolak ansur antara suami isteri....bila kita sendiri mengamalkan sikap bertolak ansur pastinya setiap keluarga akan bahagia tiada penceraian.....insyaallah....

ini ada beberapa tip yang selamanya baca daripada www.jomkahwin.com

8P Tip kebahagian rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.


8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

jadipesan selamanya untuk semua yang paling penting ialah jagalah amalan kita dengan Allah S.W.T. kerana hanya iulah yang dpat membuatkan hidup kita lebih tenang.

Monday 22 October 2012

kreeuk.....kreokk......

seronok rasanya bila kita dapat membunyikan sendi-sendi kita...penat menulis...krakkk..penat menaip..krakkk..penat leher..krakkk...sedap je kita kreeuk...kreokk..kan sendi-sendi dibadan kita....tapi sebenarnya...semua itu tidak boleh diamalkan..kerana boleh memudaratkan badan kita sendiri...ini artikel yang selamanya dapat daripada penpatah...sebnarnya kat cgportal...tapi link di cgportal pun dari penpatah...lehlah baca yea..sharekan untuk semua agar kesihatan kita semua baik.....takkan nak jaga badan sendiri je....mestilah kongsi-kongsikan untuk semua kan...

Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan membunyikan sendi-sendi jemari apabila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher.

Maka, kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana.

Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.


sumber: google


Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan sendi di jari juga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya.

Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka dapat menimbulkan penyakit sendi yang kronik di kemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.




Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.

Saat anda menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar.

Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun.

Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam.

Ketika tekanan menurun, muncullah gelembong (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat.

Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama.

Gelembong itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar.

Kerana ruang sendi diisi oleh gelembong, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula.

Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua.

Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang.

Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun.

Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka.

Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.

Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.



Sumber :  http://penpatah.blogspot.com/2012/07/kesan-membunyikan-sendi-sendi-jemari.html

Sunday 21 October 2012

Myracle beauty.....


Hari ini cukup 4 hari..selamanya memakai produk baru kecantikan yang telah dipromote oleh sahabat selamanya…muka akan berseri…kepuasan semulajadi…semuanya yang menarik hati…bila kita mendengar kata-katanya memang akan teringin dengan memakainya sekali…jadi dengan rasa ingin mencuba ,manalah tau kot-kot menjadi…maka selamanya pun membeli juga produk dia untuk dicuba…

Kali pertama mencuba , masih tidak terasa perubahan seperti yang dikata, biasa je…takpelah..mungkin sekejap lagi kot…selepas 3 jam memakainya…pun masih tidak terasa perubahan pun….oklah mungkin selamanya tidak mencuci muka dengan sabun yang diberi kot..ok selamanya akan mencuba lagi….petang balik kerumah…terus selamanya mencuci muka dengan sabun myracle …dan solat zuhur…after solat…selamanya pun cubalah spraykan muka dengan myracle tuh…ok biasa je..after spray dan “tepuk-tepuk baby” dimuka, teruslah selamanya menyapu bedak kemuka…dan bersiap untuk balik ke kampung…..(45 minit shj)…sampai dikampung…dengan semangat selamanya bertanya ke adik selamanya ada perubahan tak….biasa je..tak ada apa pun…serupa ja…frust skit…tapi tak pelah mungkin sbb baru je pakai…..tapi keesokkannya bila selamanya bangun pagi terasa lain sangat muka…tidak berminyak seperti biasa….rasa macam suka sangat….walaupun org sekeliling kata biasa je….tak nampak perubahan lagi….kita sendiri sebagai pengguna dh rasa lain pada kulit…. Tak aplah..asalkan kita yang berpuas hati dengan muka sendiri…..dah hari ini…sekali lagi selamanya memakai ketempat kerja…seronok…bersiap pun cepat je…..oklah cakap banyak pun tak best..layan gambar jelah…dan sebelum itu ini adalah antara kandungan yang terdapat dalam myracle beauty….

Kekuatan MYRACLES Collagen Spray ialah kerana ianya mempunyai 3 sumber Collagen dan TIDAK mempunyai sebarang bahan kimia yg membahayakan spt Hydrokinon,Merkuri,Pewarna Tambahan dan Wangian Tambahan. Oxygen Water digunakan utk menggalakkan penyerapan dan kesan yg lebih selamat dan efektif.
  

gambar sebelum memakai myracle beauty

selepas 3 jam menggunakan myracle beauty...

4 hari selepas memakai myracle beauty.......


jadi...    tengoklah sendiri hasilnya...terutama bahagian mata yang semakin kurang eye-bagnya, walaupun masih ada....ok..babai......

Friday 19 October 2012

Jaundis atau demam kuning...

Hari ini genaplah qalesya (anak sedara selamanya) 8 hari...bila selamanya balik..selamanya tengah lihat nenek qalesya meyuapkan ubat kedalam mulut qalesya.....neneknya bagitau itu ubat kuning...ye ke??????...selamanya confuse...yelah selamanya tak pernah pun bg ubat kat baby selamanya melainkan setitik susu kambing...pelik juga...nenek dh nak marah dia kata semua org kat sini bg ubat ni...beli kat farmasilah....selamanya mals nak bergaduh ...asalkan tak ada masalah kat qalesya sudah.....tapi selamanya tgk qalesya...kuat bertahi mata...dan ada ruam kat badan dia..mungkin kesan dari ubat tuh yang panas agaknya...yang lainnya takde....

di sini selamanya nak berkongsi juga tentang "kuning" kat semua pembaca selamanya.....artikel ini datang daripada

http://cpintrass.com/blog/panduan-kesihatan/jaundis-atau-demam-kuning-sebab-cara-atasi-cara-rawatan/.html

jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
Bayi lahir pra matang
Darah ibu dan bayi yang berlainan.
Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
Etnik Asia
Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Fisiologi jaundis

Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Patologi jaundis

Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).

G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.

Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.

Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.

Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika :
Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
Bayi anda sihat dan aktif.

Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
  1. Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  2. Peningkatan kekuningan yang cepat
  3. Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
  4. Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
  5. Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
  6. Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Apakah yang doktor akan lakukan?

Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)

Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.
Apakah rawatan yang diberikan?



Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

1. Rawatan foto

Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah.

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan jaundis
Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk.
Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut diklinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.

Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.
NOTA

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi:
Makanan : kacang parang
Herba cina yang tertentu
Ubat-ubatan(rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid
Bahan kimia
Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.)
AMALAN SEMASA MENGANDUNG
  1. Makan kurma ketika umur kandungan 6 hingga 9 bulan
  2. Amalan makan jus pegaga
  3. Amalan minum susu kambing
  4. Jangan makan makanan segera, mee segera
  5. Elak minum kopi dan teh
  6. Jangan ambil herba
  7. Amalan makanan sihat
  8. Baca Quran dan doa semasa mengandung
  9. Sikap positif dan jangan stress
PETUA RAWATAN TRADISIONAL
  1. Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .
  2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
  3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.
  4. Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
  5. Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan Mandikan bayi dalam berapa hari.
  6. Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.
  7. Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan.
  8. Setengah orang petua bagi anggur hitam, jus sahaja
Jadi pendapat selamanya, eloklah sekiranya kita mencegah sebelum terjadinya kuning selepas lahir, pemakanan kita semasa mengandung mungkin boleh mengelakkan kuning...tapi jika terjadi juga...mungkin kita boleh menamalkan segala petua yang telah diberikan....

Thursday 18 October 2012

SMART READER KIDS....


ini cerita tentang semalam.....semalam terpaksa bertiga je ngan anak-anak...sebab Hb pergi kursus, maka hb tak dapatlah menghantar kakak ke kelas Smart Reader kids....bila bertiga je ok je.... jd kalutlah sikit selamanya.....tapi semalam selepas bayar yuran kakak...tak Mahal pun RM65 je sebulan...terus pergi jumpa cikgu dia, bertanyakan pasal perkembangan prestasi kakak..alhamdulillah ada pencapaian yang baik...sukukata dalam bahasa inggeris pun bertambah baik....ini markah pencapaian kakak selama 8 jam di smart reader kids jerantut....8 jam( 4 minggu dah)....



menurut dari kata-kata cikgu dia...kakak dah boleh mengenali pronoun dia...bagus...bagus....

ini adalah serba sedikit maklumat yang selamanya dapat daripada en google tentang smart reader kids...


Smart Reader Kids® English Program 4 to 12 years
Smart Reader Kids® English Program 4 to 12 years
Target Age Group: 4 to 12 years old. However, our content is suitable even up to 15 years of age.
Content: The best program to get your child to rea, write & speak English properly. We boast a very comprehensive content ranging from Level 1 to Level 10, from the very basics phonics upto Advance Grammar.
Smart Reader® is the answer to your children’s need in learning the English Language effectively!.

It is a well researched and tested effective English Program ideal for primary school children (6-12 years old). It is a complete and systematic program with the objective of helping children to read English well from a young age.

Smart Reader® English Tutorial classes are conducted two hours weekly for a total of eight hours per month.



Many children who have followed this program have achieved good communication skills andexcellent result in their English Language examinations.

Smart Reader® English is also one of the subjects in our exciting Smart Reader Kids® preschool program, which is being taught daily to gain maximum exposure.

oklah harap dengan maklumat ini dapat membantu semua tentang smart reader kids...smart reader kids jerantut...0199808998(pusat tuisyen sinar jaya)

Tuesday 16 October 2012

Amalan ketika anak sedang tidur...

                 Ini pula adalah post yang dicopy daripada facebook...ditulis disini sebagai peringatan untuk selamanyajuga dalam mendidik ana-anak...selamanya tulis disini..agar senang juga untuk selamanya membaca semula untuk peringatan diri selamanya....


                  AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..

Ini adalah copy daripada facebook ustaz don......

PSKPP PAHANG...

            hari nie...PAR di tempat kerja datang kutip yuran keahliaan tahunan PSKPP...dah 8 tahun selamanya berkerja, still lagi masih tak dapat informasi kenapa kena banyak yuran tu, apa tujuan dia...kenapa kena bayar...apa kami dapat dari persatuan..apa habuan yang kami dapat.....apa keuntungan yang kami dapat....kalu kami jadi ahli..kenapa tak pernah libatkan kami dalam aktiviti yang dianjurkan...

               Disini saya  ada membaca tentang persatuan ini daripada blog cikgu shamsudin. setelah membaca saya masih lagi tidak berpuashati dengan perjelasan yang diberi..tapi sebagai orang yang bekerja kita follow jelah... ok..ini link daripada blog http://cikgushamsudin.blogspot.com..dan ini pula ialah link perlembagaan persatuan tapi untuk negeri johor..maybe sama je .....http://www.scribd.com/doc/100499389/PERLEMBAGAAN-PSKPP.....




mungkin ada daripada pembaca yang ingin mengetahui pasal ini......walaupun yuran hanyalah RM 5....tapi sebagai ahli rasanya kita patut tahu fungsi persatun ini...ini tak bermaksud saya tidak meyokong..saya sangat meyokong aktiviti sukan ini..cuma bagilah tahu sikit...cerita-cerita sikit pasal persatuan ini....ok...hidup sukan untuk negara.....bye...

BUKU.........TANDAS!!!!!!!!!!!



Apa kaitannya tajuk hari…semuanya berkisarkan sekolah jelah…..tepat jam 2.00 petang tadi datang seorang murid….bertanyakan selamaya….cikgu…….selamanya tidak menyahut pun…almaklumlah bukan anak murid selamanya mengajar mungkin dia panggil cikgu yang lain…..tapi lepas tuh dia panggil lagi….cikgu selamanya…..eh..terkejut selamanya ….eh kenapanya….cikgu ada ambil buku saya kat tandas ke?....apahal pulak saya nak ambil buku awak…itu bukan kerja saya ….yang awak letak buku dalam tandas buat apa…jeng.jeng..jeng…dah kantoi kat situ…tanya pulak cikgu selamanya….yang tak tahu jadi tahu…..dan buat pengetahuan semua sekarang ialah minggu peperiksaan akhir tahun…ramai pelajar sekarang suka mengambil jalan mudah dengan berbagai cara yang bila difikir-fikirkan ntah apa-apa tah…untuk berjaya…..belajar malas…tapi nak dapat result yang gempak..mana boleh….usaha tangga kejayaan itulah pepatah lama yang memang sepatutnya ditanam ke dalam minda mereka…..tapi pelajar skang tidak begitu…mungkin bukan semua pelajar begitu…tetapi…kebanyakkan pelajar di tempat selamanya..hampir 90%begitu…yang malas…suka belagak besar….maklumlah nak apa… bagi apa semuanya pun dapat….nak pula…awal tahun depan semua dapat rm100 daripada kerajaan…lagilah berpesta ria…ingat lagi ayat kawan sekerja selamanya semasa dia dan student berborak kosong sebelum memulakan kelas….

Kawan sekerja: wah..wah seronoklah anak peneroka dapat rm5000 yea…(padahal org yang bertanya pun anak peneroka).
Student: Mestilah cikgu…
Student2: Tak sabar nak beli ipad…cepatlah..aku dan aim satu dah nie…(berangan dah)
Kawan sekerja: Berseronoklah..tapi berpada-padalah….kelas diteruskan..

Bila dilihat pada situasi diatas…tak ada satu pun nak terfikir beli kasut baru ke…baju sekolah baru ke…(maklumlah baju sekolah dah kecikkkk sangat…body pun jelas, senteng pulak tuh)..semuanya yang dia fikir..phone baru, gaget baru…buku pun tak sebut nak beli…geleng kepala je bila mendengar keadaan macam tuh…bila difikirkan secara positif ianya memang bagus untuk pelajar yang betul-betul susah…..dan rasanya kerajaan mesti mengkaji latar belakang mereka sebelum diberi rm100…saya bukan tidak meyokong..kerajaan 100% saya sokong tapi bab bagi duit kat pelajar tuh yang jadi tak senang..jarang pelajar di sini guna dengan betul….sama juga dengan pemberian duit biasiswa…

Selamanya berkerja di kawasan yang semua pelajarnya adalah anak peneroka…dan kebanyakkan mereka adalah tidak susah….selama 8 tahun selamanya disini…selamanya melihat kebanyakkan pelajar sini , sangat mudah hidupnya …ke sekolah bermotosikal…dan dilihat semua plat motornya nombor yang agak baru..sentiasa ada je motor yang baru…jaranglah nak tgk pelajar disini bawa motor lama….bila dingat kembali,senang merekalah berbanding selamanya mula berkerja dulu…motor yang dibawa oleh selamanya mula-mula ialah EX5 yamaha…peng..peng..peng….bunyi yg sangat kuat…tapi…nak buat mcm mana…guna jelah dulukan…takkan nk paksa makayah belikan motor baru….selepas 5 bulan bekerja barulah selamanya buat lesen dan dapat membeli kereta…ingat lagi di ingatan selamanya ayat bos selamanya…tak dapat gaji lagi ke?....masa tuh selamanya pergi kemesyuarat bertembung dengan bos ditempat parking ….heheheheh…..agaknya bos kesian kot tengok selamanya bawak motor je g mesyuarat…baju dressing gila menawan…cewah…tapi naik motor yamaha ..peng…peng…peng…..tempat mesyuarat tuh tak ada bas masuk…lagipun dekat ngan umah makayah selamanya dalam 30 minit…jadi naik motor pun tak apa…..hehehehe….

lepas mesyuarat tu dapat pulak surat kena g  kursus….mujurlah tempat kursus tuh pun sama dengan tempat mesyuarat jadi taklah susah hati selamanya….ada motor EX5 ayah…..masa g kursus tuh pelik je pak guard tengok ke selamanya …..yelah org lain semuanya naik kereta..dahlah bulan 11, masa tuh musim hujan…..ada satu masa tuh…malam tuh memang hujan turun lebat sangat ….dalam hati selamanya….banjir dah kot…sebab jalan ke tempat kursus selamanya selalu dinaiki air…tapi pagi esoknya tak banjir pun…tapi air dah naik…risau tak lepas balik je…maklumlah motor tuh…desup jugak dalam hati…kursus dihabiskan awal sebab diorang takut air naik..tak lepas balik….mujurlah…semak jugak dalam hati..nie….itulah susah payah selamanya masa mula-mula bekerja….semua orang akan susah dulu…bukan senang dulu…jadi…janganlah suka buat kerja yang sia-sia…jika sekarang waktu kamu belajar…belajarlah dengan sebaiknya…inilah jalan yang terbaik….tak perlulah memilih jalan yang susah….agaknya cukuplah celoteh untuk kali ini….byee……

Monday 15 October 2012

KELAHIRAN YANG DINANTI........



NUR QASEH QALESYA……org baru yang dinanti-nanti dalam keluarga selamanya….cantik namanya…seindah rupanya..cewahhh…..itulah anak sedara selamanya yang baru….anak kepada adik selamanya yang dilahirkan pada 13.10.2012….dekat-dekat je nak sama dgn anak selamanya sidebab muahhhmuahhh…kalu sama mudahlah selamanya nak ingat besday qalesya….maklumlah banyak sgt makan kepala ikan heheheheh…dan-dan tu kepala ikan yang dipersalahkan..apalah selamanya nie…sendiri yang salah, ikan yang kena…tututututu…..
Sebenarnya semalam baru selamanya dapat melihat baby qalesya sepenuhnya…tak sempat nak g tgk dihari kelahiran..sbb baby qalesya telah dimasukkan ke wad nicu kerana lahir secara forcep…sian…mamanya tak larat nak teran katanya…tapi mungkin tak pandai nak memeran macam mana…almaklumlah anak pertama….itulah selamanya dulu pun mcm tuh jugak…tak pandai nak meneran terpaksalah guna forcep…sian kat baby…agaknya kena pergi kelas melahirkan baby kot…kat tempat selamanya tidak disediakan kemudahan mcm tuh..takkan nak kebandar-bandar besar untuk buat latihan mcm tuh…tapi yang peliknya ramai je org lain yang beranak tak payah pun pergi latihan-latihan mcm tuh…boleh je nak bersalin biasa..tak payah forcep..tak payah vakum…forcep ngan vakum tuh sama ke tak sama……nantilah kejap lagi tanya mr.google pasal nie….
Bila dah melawat qalesya tuh…teringat baliklah macam mana selamanya beranak ke si amey tuh…susah juga kena vakum….jahitnya pulak..ya Allah….berapa jarum tah…tapi banyaklah…..bila balik umah si admey kena kuning pulak…masuk wad lagi…sehari duduk diwad…selamanya perasan masa nak mencuci, ada macam yang pelik…rupanya dah terbetas benang …aduhai…takutnya nak menjahit semula…tapi cek doktor..doktor kata tak apa…dia akan kering..alhamdulillah…tak susah hati..tapi selamanya balik umah isi manjakani….kena marah dengan nurse….tapi cepat lega…senang selamanya nak menjaga amey dalam pantang…..
Sebut pasal kuning…..selamanya teringatlah masa amey dulu…lama jugak kuning nak turun..susah hati selamanya duk dalam wad…sebenarnya banyak petua tak nak bagi kena kuning , bila dibaca didalam intenet…tapi..semuanya tidak menjadi kepada amey selamanya…mujurlah ibu sebelah katil bagi anak dia susu kambing….selamanya ambillah satu susu kecik letak mulut amey…menjadi….esok dapat kuar wad sbb result kuning dah turun ……k risau takut jadi perkara lain sbb doktor sangat marah kalu kita bagi susu kambing….harap-haraplah qalesya tak kena kuning kesian pulak kat adik selamanya…bila jadi mcm selamanya …susah duk kat wad nie…..okeylah jom kita layah gambar qalesya…


suka tengok baby biala tido.....


setenang rupanya....


mula nak menangis bila kena kacau.....

oklah...tengok gambar baby lama-lama mulalah terasa rasa je nak ada baby baru.......hehehehehheeh.....bagus gitu...oklah celoteh banyak dah nie....bye....



Sunday 14 October 2012


PECUTAN AKHIR PMR 2012……

Sudah 3 hari tidak mengupdate blog nie…mujurlah namanya pun selamanya……alhamdulillah tidak bersawang lagi yea….huhuhu….dalam 3 hari tidak menulis…selamanya sebenarnya tengah mejalankan program pecutan akhir pmr 2012 untuk subjek matematik…tak ada org suruh pun…bos pun tak suruh …atas inisiatif cikgunya sendiri…atas rasa keikhlasan diri….. selamanya fokus untuk menjalankan banyak gerak gempur untuk pelajar selamanya cemerlang bagi kelas 3A dan lulus Untuk kelas 3B…. tiada sifat pilih kasih pun dalam teknik pengajaran Selamanya…tetapi sikap mereka sendiri yang membuatkan selamanya terpaksa mengkelaskan mereka begitu…tetapi apa yang ditekankan dalam Gerak Gempur sama je sebenarnya…selamnya tak nak mereka stress pun…maklumlah 3 hari je untuk last review…bagi yang steady dari awal confirmlah tenang je…bagi yang biskut orea…memang susah sikit..mulalah nak rasa stress…

susahlah cikgu…

apa ni cikgu…

cikgu ni macam mana….

Mulalah hati ni..nak marah je…tapi buat-buat cool je, Almaklumlah pecutan akhir….Itulah cikgu dah kata datang sekolah..jangan ponteng sekolah..jangan jadi biskut orea…tak mau dengar..dah nak dekat ngan exam barulah nak datang…tapi Alhamdulillah mujurlah mereka datang juga untuk pecutan akhir nie…walaupun ada juga yang tegar..yakin boleh…still keras kepala …tak mau datang sekolah…tapi Exam datang pulak….ishhh….susah hati selamanya dibuat oleh Mereka….

kelas Pecutan aKhir bermula Pada Hari Jumaat lagi.. mujurlah Hari Jumaat selamanya tiada kelas dengan tingkatan 2 jadi boleh focus untuk Tingkatan 3…Bergandingan dengan Cikgu Kemahiran Hidup sekali….dari 7.40 hingga 10.20..selamanya menjalankan gerak Gempur dengan pelajar 3B manakala cikgu KH ambil pelajar 3A…Kemudian Dari 10.40 Hingga 12.30 Selamanya menjalankan Gerak Gempur dengan 3A Cikgu KH akan ambil 3B pula….

Pada hari sabtu pula, selamanya awal-awal lagi dah “cop” kelas 3A dari pukul 8.30 hingga pukul 4.30 petang….sebab cikgu KH pula akan membuat kelas tambahan untuk KH pada hari ahad..pula….jadi selamanya dah decide sabtu 3A manakala Ahad 3B…waktu Malam selamanya tidak akan membuat kelas tambahan sebab selamanya nie jenis kecut perut nak memandu malam-malam….jadi biarlah mereka semua berehat…mujur HB tidak ketempat kursus minggu nie…bolehlah anak-anak duduk dengan HB tidak ke umah Pengasuh….Lupa Nak bagitau..Hb selamanya akan pergi Belakar 2 minggu selama sebualan…menambah opsyen katanya…takapalah tak menambah gaji pun..ilmu perlu dicari…kuangkuangkuang…….Jangan Menambah yang lain sudahlah Hb yea…..
Alhamdulillah hari nie...bermulalah kertas 1 dan kertas ...berdebar-debar...tapi tawakal semoga ALLAH S.W.T permudahkan segalanya untuk selamanya dan anak-anak.....

Thursday 11 October 2012

Besday adzmey.....3 tahun dah anak ibu....


Adzmey Yang Berusia 1 Hari..muaaahhh...mata pun tak terbuka sepenuhnya lagi..

Alhamdulillah ....pagi nie...rupanya anak ibu dah berusia 3 tahun...maaflah ibu terlupa sangatt...kuang ajar je bunyi ayat tuh...tapi betul-betul terlupa...dengan student ibu yang tengah periksa....tuisyen lagi...sampai terlupa ibu dengan besday amey....banyaknye alasan ibu kan......tapi disudut hati ibu ameylah anak ibu yang paling ibu sayangi dunia dan akhirat .ibu sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan amey didunia dan akhirat.......

a 
Adzmey Selepas keluar wad Jengka...sebab kuning...agaknya da tak cara lepas nie anak tak kena kuning...serik rasanya....13 hari duk di wad, sebab anak kena kuning...

adzmey setahun dirumah ayah ngah...puchong perdana....Masa nie ayah yie nak temuduga KPLI...lehlah ibu jalan-jalan Kl........ayah ngah terpakasa kena hadang tangga sebab Adzmey sibuk nak memanjat je....penat ibu menghalang.....

Esoknya Di putrajaya, disinilah ayah yie temuduga KPLI.....

Adzmey setahun jugal....naik bot nak g tengok orang hutan kat bukit merah lake town....


Adzmey 2 tahun...nampak bijak dah anak ibu. Masa ni Adzmey dan Pak Adik(anak mak sedara ibu) holiday di sarawak....tahun 2010...


dan sekarang Amey dah 3 Tahun.....selamat hari lahir Anak ibu.....muaaaaaaaaaaaaaaahhhhh...


setakat itu je coretan malam nie....bye...............




Wednesday 10 October 2012

smart reader kids....jerantut

Dah 3 minggu Kakak belajar english di smart reader kids jerantut...masanya 4.30 petang hingga 6.30 petang. selalunya lepas ngantor kakak idoknya nak berpatah balik ke rumah, jauh tuh setengah jam dari jerantut.....dalam 2 jam menunggu kakak,habis pusinglah kami berdua mencari port2 menarik untuk menghabiskan....heheheheh...antara port yang menjadi kegemaran....


Tok Fatimah.........atau nama glamournya TF jerantut....tok fatimah tuh panggilan untuk TF.Si Adam Arash(sepupu Kakak) yang panggil TF sebagai Tok fatimah hehehehe...selepas tu kami pergi makan plak...kat mana yea..........jeng...jeng...jeng....

nampak gambo pun dah tau kan.......

Antara gambar yang sempat diambil ialah aksi sidebab.....yang makan...makan...makan.....
                                                           kelakar ada...
                                                     nak marah pun ada.....
yelah pantang kite cubit makanan dia....semuanya disumbat dalam mulut aduhai.....






tengok...mulut minum air...mata dan tangan hala ke makanan...takut dady amik......aiya...anak ibu....oklah.....dua tempat nie cukup untuk dua jam hari ini....untuk kakak ibu dah tapaukan...hawaian chicken kegemaran....ibu tak lupanyer ke awok.........


pukul 6.30 ptg tepat menunggu kakak di pusat tuisyen....


kakak selepas kelas.....baru siap makan sekeping Pizza...terus tekan gambar sendiri...tak kose ibu nak snapkan. lepas 2 jam melayan kerenah adik...


Harus ada muka sendiri diblog sendiri...kelas kau maria...kuikuikui....FNJ gitu....oklah...byeeeeeee.....

Tuesday 9 October 2012

setegarnya.....

bangun pagi...aku blogger...aku blogger...update status...hehehehehheh.....almaklumlah first time menjadi blogger....semangat mesti padu...pagi-pagi dh surh hb snap gambor...nak post lah kononnya( memang nak post pun)...mujurlah moodnya baik...ikut jerlah ....sokong menyokong kok gitu.......thumb up to hb....antara yang disnap......

 
 
Anak yang setia ...rambut yang masih belum diikat rapi...sabaryer.....ibu bersiap dulu...good girl....
 


                                               inilah aku...yang mula nak bertapak di sini....oklah cukupalh untuk post kali nie...bye....





malam pertama....jeng jeng jeng....

salam...perkenalan dari blog selamanya...maksudnya inilah malam pertamaku untuk menjadi seorang blogger....walaupun tidak seglamour blogger yang ada diluar sana....selama ini aku hanya menjadi seorang silent reader dan setelah setahun lebih duk membaca blog-blog diluar sana...mulalah teringin untuk menulis blog sendiri....bebelan sahajalah di malam pertama ini ....