Wednesday 7 November 2012

Hari Anugerah kecemerlangan pra sekolah SK Jengka 24...


hari ini majlis penyampaian anugerah sekolah anak...alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...layan gambar jelah yea.....

Pamplet untuk para jemputan...


Pentas Anugerah....simple je rupanya....(mujur ada pentas)....


Gambar pentas lagi tapi tak de kipas kat atas...kuikuikuikui....


Anak selamanya yang tengah beratur....tu...tangan cikgu dia duk ejas topi...


kakak lagi.....


Kakak lagi...dia dah perasan selamanya ada di situ...almaklumlah duk depan skali tuh.....


kakak lagi....



selamanya bersama kakak dan kawannya Haziq....


ok ini pula....semasa kakak ambil hadiah dia..angry bird tuh... tapi tak dapatlak upload...bye..............



Tuesday 6 November 2012

Terharu hati ibu........

 Pada suatu petang...selamanya  balik kerja, terus masuk dapur dan masak....tengah masak-masak tu...datanglah si kakak ..ibu nani lukis gambar rumah nie ada ibu, dady, nani dan adik...wah cantiknya....tu je selamanya jawab ...dengan mood layan tak layan sebab nak masak cepat-cepat...tapi si kakak sambung lagi....ibu nanti nani lukis cantik-cantik...ibu bagi hadiah tau...nani tak nak mainan...nani nak buku..nani nak belajar pandai-pandai...betul kan ibu...gurpllllll....terkedu kejap...tetiba rasa bersalah sebab tak melayan mood anak...terus selamanya tutup api kejap.....ambil kamera...snapp gambar anak-anak...... 

ini lukisan cantik kakak....rumah warna pink..pilihan hatinya...tapi semalam dia kata warna kegemaran dia biru pulak...ntah kenapa dia tukar pun masih tiada jawapan....


 ini pula kakaknya yang berposing untuk gambar rumahnya yang "cantik" tu.......posing baik punya pegang pinggang lagi...hehehehehehh...



kakak lagi...dia kata posing berdiri tegak nyayi lagu negaraku......syabas.....

ini pula ....adik amey yang setia dengan makanannya...mesti masakkan dia "roti canai" ni dulu..barulah selamanya akan masak lauk untuk dinner...

 close up gambar skit.........sayang anak ibu selamanya......

Dan ini pula adalah Shichida Methods yang boleh digunakan dalam memberi motivasi kepada anak-anak...dan bolehlah dipractikkan untuk anak-anak kita....sangat bangus...artikel ni selamanya dapat dari http://www.isuhangat.net

Sichida kelas ialah kelas yg di uruskan oleh Jepun untuk melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya.

  1.  Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak solesoleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb duringtidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah....supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.
  2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. . macam..a..b. .c…d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
  3. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….
  4. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.
Katanya lagi.........Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas dan merendah diri sikitlah.Ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik.....

dan menurutnya lagi......Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp tentang perkataan "jangan" kat anak-anak.. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie selamanya kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap kakak,,,berbanding Jangan bising Kakak....Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan......

wah...terasa pulak dihati selamanya sebab selalunya memang selamanya banyak menggunakan perkataan jangan...kena berubahlah mcam nie.....dan selamanya akan tanam dalam hati untuk mencuba teknik sichida....Bye...




Hotel Darul makmur....Jerantut

Ini adalah cerita tentang Mesyuarat di Hotel Darul Makmur Jerantut Pahang....Layan Gambar jelah yea..

surat jemputan dan nombor bertuah yang tidak bertuah.....

Promosi makan tengah hari di cafe Hotel

Minum pagi.......

minum pagi...

minum pagi..ini bukan diet yea.....tapi ini je yang diberi....muka kelat je masing-masing.....

muka yang seronok lepas minum pagi.....kuikuikuikui......tapi kami pakat-pakat keluar minum pagi lagi skali kat luar...

mesyuarat dijalankan....

antara yang hadir dan antara yang meminati set c

pengedar sah Myracle beauty

salah seorang Pengguna Myracle beauty...

nombor bertuah...sedang dipanggil.....

orang pertama yang bertuah.......


cikgu yang menyiasat Set A, Set B dan Set C

cafenya.......

makanan tengahari.....

minuman yang di hidang...


supnya.....



kami yang setia dengan Myracle beauty.......

ini sebenarnya cerita pada 3/11/2012..tapi disebabkan masalah intenet di rumah..tak dapatlah nak update blog dalam dua tiga hari ni...hem...kisahnya......bye....

Myracle beauty Collagen

Myracles Collagen Spray (MC Spray)



Kandungan: Oxygen water, aloe vera, extract buah delima dan rumpai laut.

Cara penggunaan MC Spray:-
1)Semburkan MC Spray ke seluruh bhgn muka (6-7 kali spray). (Boleh juga di spray ke bahagian leher).
2)Tepuk perlahan2 di seluruh bahagian muka dgn menggunakan 2-3 jari.
3)Urut dgn lembut di bahagian bawah mata (3-4 kali).
4)Biarkan sehingga kering.


Kelebihan utama MC Spray:- Kulit wajah akan rasa dan nampak lebih tegang,lebih cerah, lembap, muka nampak lebih runcing, lebih segar dan eye-bag akan berkurang @ hilang dalam masa 3-5 MINIT SAHAJA,Ia boleh bertindak sebagai Toner, moisturizer,UV Protector dan krim malam.

Apabila kita spraykan pada muka...Oxygen water yang bergetar akan terus menyerap dan membawa sekali Collagen ke dalam kulit dan terus berikan kesan dari sudut menegangkan kulit kita...sebab itu eye-bag boleh terus hilang...apabila kulit dibahagian bawah mata kita tegang...eye-bag pun akan hilang...

Konsep produk Myracles ialah membaikpulih sel kulit yg rosak , mneghidupkan sel2 mati dan menegangkan kulit...Ianya TIDAK akan mengelupaskan kulit JADI bila org yg ada masalah jerawat...sel yg lemah dibahagian yg ada jerawat akan dibaikpulihkan dan dlm masa yg sama apabila kulit menjadi semakin tegang dan sel kulit semakin kuat…jerawat akan lebih cepat kecut dan mempermudahkan utk menghilangkan kesan jerawat tersebut.

Untuk mereka yang mempunyai masalah "Open Pores"...tetap menggunakan konsep yg sama...dan apabila "Pores" menjadi lebih kecil maka akan kurang masalah kulit berjerawat...

Kelebihan Jangkamasa Panjang:
Anti-Aging (Anti-Penuaan), Lightening (Pencerahan kulit dari dalam), Whitening, Facial UpLift (Pembentukan semula rupa wajah secara semulajadi) dan membetulkan tona warna serta struktur kulit muka.

Myracles Collagen Soap (MC Soap)
Kandungan: Aloe vera, extract buah delima, rumpai laut dan sarang burung walit.

Cara penggunaan MC Soap.
1)Cucikan muka seperti biasa.
2)Sebelum bilas dengan air, biarkan untuk 30-60 saat.
3)Bilas dengan air dan lap sehingga kering sebelum menggunakan MC Spray.

Kelebihan MC Soap Apabila menggunakan MC Soap, kulit akan rasa tegang, segar dan lembap serta menambahkan keberkesanan apabila menggunakan MC Spray.

Kesan Jangkamasa Panjang:

Penggunaan MC Soap yang berterusan akan membantu untuk mencerahkan kulit, menegangkan serta memberi kesan anti-penuaan.

Testimoni produk :


TESTIMONI TERKINI PENGGUNAAN PRODUK MYRACLES BEAUTY - Ihsan drpd Syamimi Zahari - Hasil penggunaan Produk Myracles Beauty selama 5 hari...



saya berani mengiklankan ini kerana saya sendiri telah memakai produk in selama 3 minggu dan lihatlah perbezaan nya sekarang..



Harga MYRACLES BEAUTY 1 SET RM170.00 sm / RM185 ss
Contact me now: 0199158243

Thursday 1 November 2012

Majlis kecemerlangan kokurikulum pahang 2012

 ini sebenarnya cerita yang berlaku pada 30.10.2012...Hb selamanya telah mendapat augerah daripada MB untuk kokurikulum pahang...wah...bangga rasanya ...akhirnya dihargai juga penat lelah berbola baling selama dia bekerja...muka happy je ..yelah..... kritikan demi kritikan daripada rakan sekerja akhirnya dapatlah anugerah ni..fuhhh....tahniah selamanya ucapkan kepada hb yang tercinta.....ini ada beberapa gambar yang boleh dilihat...tapi gamabar tuannya memang tak ada sbb tuannya dah pesan siap-siap...tak nak ada gamabr dia...alasannya tak mahu dikenali di alam maya...kahkahkahkah....gelak kuat-kuat selamanya...takpelah selamanya sentiasa menghormati hak orang lain jadi tak payahlah masukkan gambar tuannya...masukkan sijilnya jelah.... 





jadi dengan penghargaan dari MB ini selamanya berharap agar Hb dapat meningkatkan lagi prestasi hb sebagai pendidikan dalam kurikulum dan juga kokurikulum.....amin...bye...




Monday 29 October 2012

Guru Tadika Di China memukul untuk mengajar....sadis sungguh..

semalam ada masa maka selamanya menjengoklah ke blogserius.com...sangat serius rupanya ada kes di China budak tadika dipukul kerana tidak dapat menjawab soalan...aduh rasa sayu je dalam hati. sebak rasanya kalu ianya berlaku pada anak sendiri. Sangat menakutkan........terdetik dalam hati selamanya adakah berkesan memukul semasa mengajar...jadi selamanya cubalah google intenet dan jumpalah artikel ini dalam blog senadakpwkm........

MENDIDIK ANAK DENGAN CARA MEMUKUL: ADAKAH EFEKTIF?
by senadakpwkm in Fokus SENADA 

Memukul anak dengan tujuan mendidik didefinisikan dengan pukulan yang tidak meninggalkan sebarang kesan lebam mahupun luka dan pukulan yang tidak dilakukan ke bahagian-bahagian sensitif badan anak.

Memukul anak seakan sudah menjadi kebiasaan dan salah satu cara ibu-bapa mendidik anak lebih-lebih lagi apabila anak ‘mengamuk’ atau temper tantrum.

Di negara Barat, perdebatan tentang boleh atau tidak memukul anak tidak sampai penghujungnya. Pakar-pakar psikologi dan kajian secara amnya mengatakan bahawa memukul anak boleh memberi kesan negatif kepada anak.

3 kajian utama yang terlibat secara langsung dalam isu ini adalah:
Pertama: Dijalankan oleh Lisa J. Berlin yang diterbitkan dalam Child Development Journal. Beliau menganalisa perkaitan pukulan dan keupayaan kognitif (pembelajaran). Hasil kajian beliau mendapati kanak-kanak yang dipukul ketika berusia 1 tahun adalah lebih agresif dan memiliki keupayaan kognitif yang lebih rendah berbanding kanak-kanak yang tidak dipukul.
Kedua: kajian dijalankan oleh Murray Straus yang diterbitkan dalam Journal of Aggression, Maltreatment and Trauma. Hasil kajian beliau mendapati kanak-kanak yang tidak dipukul ketika berusia 2 – 4 tahun memiliki keupayaan kognitif yang lebih tinggi selepas 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dipukul.

Ketiga: tidak dinyatakan oleh senada KPWKM.
Kajian-kajian ini walaubagaimanapun tidak benar-benar berjaya membuktikan wujudnya kesan negatif apabila anak dipukul kerana wujudnya banyak faktor yang mempengaruhi pembesaran anak-anak seperti keadaan persekitaran. Kanak-kanak tersebut mungkin juga lahir dengan keupayaan kognitif yang rendah.
Pakar-pakar psikologi pula berpendapat memukul anak akan memberi kesan berikut:
  1. Anak akan model perbuatan tersebut dan memukul orang lain.
  2. Merendahkan nilai diri anak.
  3. Merendahkan nilai diri ibu bapa.
  4. Boleh membawa kepada penderaan.
  5. Memukul tidak mengubah sikap anak sebaliknya menyebabkan anak lebih agresif.
  6. Menaikkan kemarahan anak dan ibu bapa.
  7. Wujud memori buruk dalam pemikiran anak.
  8. Melahirkan rasa takut dalam diri anak.
Dalam Islam, memukul anak dengan tujuan mendidik dibenarkan tetapi hanya sebagai solusi terakhir berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:( yang bermaksud)

“Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan pisahkan dari tempat tidur.”

Sebenarnya sama ada ingin memukul anak atau tidak adalah bergantung kepada asas pertimbangan ibu bapa sendiri. Fikirkan dahulu adakah anak akan berubah sikap sekiranya dipukul? Adakah memukul anak benar-benar berkesan?

Tips di bawah boleh memberi kesan yang lebih baik untuk menanggani masalah anak tidak dengar cakap atau mengamuk.

  1. Jangan pukul anak dalam keadaan marah. Tenangkan diri dahulu.
  2. Menasihati anak adalah lebih baik. Jika anak tidak mendengar nasihat, duduk supaya sama paras dengan pandangan mata anak dan pegang kedua-dua tangan anak sebelum menasihatinya.
  3. Alihkan anak daripada tempat asal dan asingkan diri daripada anak untuk tempoh 5 – 10 minit. Cara ini dikenali sebagai time out yang memberi masa kepada ibu bapa juga anak untuk bertenang.
  4. Fikirkan hukuman yang lebih sesuai daripada memukul anak. Contohnya membersihkan rumah, tak boleh menonton TV dan sebagainya.
  5. Bisikkan kata-kata nasihat ke telinga anak setiap hari sebelum tidur.
  6. Berdoa kepada Allah S.W.T supaya diberikan anak yang soleh.
  7. Mendidik atau menghukum anak secara konsisten. Peraturan yang sama mesti dipatuhi oleh setiap ahli keluarga.
Dan ini ada satu lagi tip daripada http://al-munir.edu.my/tips_pilihan.html tentang mendidik anak....sangat bagus untuk peringatan diri sendiri....jadi tanamkan dalam diri kita supaya lebih banyak bersabar dalam mendik anak-anak kita...agar tidak berlaku kesilapan dalam mendidik....bye.....



Saturday 27 October 2012

my name is khan......

hari ini , sempena cuti hari raya Aiduladha TV3 telah menayangkan cerita My name is Khan. Cerita ini memang menaikkan semangat kita untuk membuktikan bahawa bukan semua orang adalah pengganas, memang menusuk jiwalah....eceh....tapi ada satu bab yang telah menimbulkan banyak perdebatan antara kami adik beradik(maklumlah dah berkumpul semua, hari raya kedua dah ramai yang memenuhi rumah mak tengok Qalesya)...ok berbalik kepada pendebatan tadi...pendebatan yang dimulakan oleh selamanyalah..banyak sangat mulut mengeluarkan pendapat..cerita bermula begini...selamanya menyatakan ketidakpuasan hati cerita ini tentang perkahwinan campur antara khan(shah rukh khan) dengan kajol, kalau di dalam islam bukankan kena memeluk dulu agama islam barulah boleh berkahwin, adik selamanya yang jurutera pun bersetuju dengan selamanya...betullah ...tak bagus betul cerita ni, tapi abang sulung selamanya bersetuju...eh betullah, tak salahlah kahwin dengan ahli kitab(Along yang cakap)...tapi selamanya tetap tak menyokong...Along jangan nak buat cerita palsulah...main-main yea...mengucap Along, tapi Along disokong pula oleh Hb selamanya, Hb kata dah banyak kali dia dengar dan terbaca tentang perkahwinan campur ini, aik...suami selamanya pun tahu, Along pun teranglah pasal Perkahwinan ni, tapi tetap di bidas oleh adik  selamanya, istifar banyak-banyak....tapi selamanya diam jelah..sebab selamanya tak berapa nak tahu pasal perkahwinan ini, Along kata hanya lelaki islam sahaja yang boleh mengahwini ahli kitab....ooooo...dan Along menyambung lelaki itu mestilah yang boleh membimbing wanita ahli kitab itu....takpelah...dalam hati selamanya pun berkata takpelah...nanti googlelah pasal ini.....dan ini antara persoalan yang selamanya dapat dalam blog tanya-ustaz.com ....hampir sama dengan kata-kata Along...dan dilengkapkan dengan Firman Allah S.W.T 

Soalan:

Assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya tentang hukum mengahwini wanita bukan islam?wujud lagikah pada zaman sekarang ahli kitab yang boleh dikahwini?apakah dalil tentang hukum perkahwinan antara islam-bukan islam?



Jawapan:
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه أجمعين، وبعد:

Hukum mengahwini wanita dan lelaki bukan Islam adalah haram secara Ijma` berasaskan firman Allah SWT;

Maksudnya: “dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”

(al-Baqarah : 221)

firman Allah S.W.T lagi;



Maksudnya : dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir,

( al-Mumtahanah : 10)



Namun, persoalan yang kerap menjadi kekeliruan umat Islam iaitu berhubung keharusan mengahwini wanita-wanita yang dikatakan sebagai ahli kitab. Keharusan ini merujuk kepada firman Allah SWT;




Maksudnya :”Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya – di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”

(al-Maidah : 5).

Namun untuk menjawab soalan yang diajukan, saya(ustaz ) cuba merumuskan beberapa panduan penting yang dikemukakan oleh Profesor Dr. Yusuf al-Qardhwi di dalam fatwanya:

1. Secara prinsipnya Islam mengharuskan makan dan minuman serta kahwin mengahwini di antara Muslim dan ahli Kitab sebagaimana keterangan ayat 5 daripada surah al-Maidah di atas.

2. Walau pun begitu, keharusan tersebut terikat kepada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya;

i. Mengimani agama samawi yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani. Secara umumnya mereka ini dianggap beriman kerana mempunyai asas keimanan yang sama dari sudut ketuhanan, kerasulan dan hari akhirat. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada agamanya dan bukanlah seorang yang ingkar atau murtad dari agamanya.

ii. Wanita yang suci dan bukan wanita jalanan atau penzina. Dalam ayat di atas Allah meletakkan syarat wanita berkenaan adalah “المحصنت“. Satu perkara yang harus diberi perhatian adalah trend dan gaya hidup wanita-wanita bukan Islam adalah mengharuskan pergaulan bebas yang berkemungkinan besar terdedah kepada gejala seks bebas. Perkara ini yang amat dibimbangi berbanding dengan wanita-wanita Islam.

iii. Tidak menjadi musuh dan seteru kepada umat Islam. Allah SWT menjadikan ikatan perkahwinan sebagai suatu jambatan mempereratkan silaturahim dan memperkukuhkan persaudaraan. Ikatan tersebut tertegak di atas dasar saling percaya mempercayai dan berkasih sayang. Firman Allah


Maksudnya: “dan Dialah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya).

(al-Furqan : 54)

Akan wujudkah kasih sayang dan perasaan cinta mencintai sedangkan mereka menyembah tuhan yang lain, dan sentiasa memusuhi umat Islam. Apakah akan terjamin anak cucu yang dilahirkan? Apakah mereka akan memayungi dan sentiasa memperthankan hak anak cucu mereka yang Muslim. Mungkinkah anak dan cucu dilahirkan bebas mengamalkan adab, budaya dan ajaran Islam tanpa sebarang sekatan dan ganguan? Sudah pasti jawapan mungkin tidak. Kalau begitulah situasinya apakah mungkin kita boleh memastikan generasi yang dilahirkan menjadi Muslim dan mukmin kepada Allah, memelihara dan melaksanakan suruhan dan tuntutan agama. Terjaminkah generasi kita dengan memilih wanita yang bukan Islam berbanding dengan wanita Muslimah. Terjaminkah keluhuran, kadaulatan dan maruah agama kelak.

Oleh yang demikian, kebanyakkan ulama hanya mengharuskan perkahwinan dengan wanita ahli kitab mestilah yang ada perjanjian atau yang akur kepada kepimpinan Islam (ahli Zimmah) Pendapat ini didokong oleh Ibnu Abbas, Qatadah, Ibrahim al-Nakha`ie, Ibn Jarir dan Zaid Bin Ali, al-Razi dan lain-lain. Dalam konteks semasa, tidak harus bagi Muslim mengahwini bangsa Yahudi yang merampas dan menjajah tanah Palestin.

iv. Tidak membawa kemudharatan dan mengundang fitnah. Secara asasnya perkara yang harus dibolehkan selagimana tidak mendatangkan mudharat. Andaian membenarkan perkahwinan dengan wanita ahli Kitab boleh menyebabkan terabainya wanita Muslimah. Lebih-lebih lagi dalam konteks wanita Muslimah yang ramai jumlahnya dan beban tanggungan yang tinggi bagi melangsungkan urusan perkahwinan. Oleh itu, mendahulukan wanita Muslimah perlu diutamakan.

Bagi menyimpulkan perbincangan, terdapat tiga noktah penting yang perlu dipertegaskan semula iaitu;
1. Keharusan mengahwini wanita ahli Kitab adalah bersandarkan persamaan keyakinan dan keyakinan Allah sebagai pencipta.
2. Keharusan tersebut juga merujuk kepada persekitaran agama Islam yang mendominasi masyarakat. Sudah pasti mereka yang mempunyai keyakinan dan kepercayaan serta kepatuhan kepada Allah akhirnya akan menganut agama fitrah dan benar iaitu Islam. Berbeza dengan realiti sekarang, di mana Islam tidak mendominasi malah sering di pandang asing dari realiti kehidupan sebenar.
3. Pendapat ini berasaskan situasi dan neraca pada masa kini dan ia boleh berubah mengikut perkembangan dan realiti semasa.


والله أعلم بالصواب



Rujukan : al-Qardhawi, Fatawa Muasarah, m.s : 462 , Darul Qalam: Beirut

Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
 Ahli Panel MUIS

selamanya tidak boleh nak mengatakan boleh ke tidak..sebab selamanya memang-memang kurang arif semua ini. cuma selamanya membaca di dalam google untuk melihat sendiri adakah betul kat-kata Along..yea betul sebenarnya..tapi hanya wanita ahli kitab yea...hindu dan budha pula mcm mana......kerana menurut ayah mertua selamanya ahli kitab ialah mereka orang nasrani dan yahudi.....tapi nak cakap lebih kenalah tanya ustaz sendiri....dan kenalah selalu menelaah sendiri perkara-perkara seperti ini..untuk penambahan pengetahuan masing-masing...ingatan untuk diri selamanya juga.....bye....